Wednesday, June 7, 2017

Sakit Itu Penghapus Dosa Pt. 1


• السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ •


appendix



     So today dd nak share satu cerita. On 24th May 2017, badan dd masuk angin and angin tu dd tak boleh nak keluarkan. Seksanya hanya Allah je yang tahu. dd tak tahu nak describe rasa sakit tu specifically macam mana but what I can tell is rasa sakit dia tu, SAKIT GILE. On a scale 1-10, I can rate rasa sakit tu 9. Especially dekat bahagian abdomen belah kanan perut dd. Dia rasa macam ada angin dekat situ. dd jalan pon, tak boleh nak jalan tegak. Jalan terbongkokx2 macam nenek kebayan jela yang mampu. Masa malam tu, kakak dd cakap dd meraung macam orang histeria. 😂 dd pon ada jugak cakap tah pape macam orang mabuk malam tu. HAHA 😂 Nampak tak bertapa dasyatnya penangan rasa sakit dia tu ? Family dd suspek dd gastrik je sebab petang dd balik sekolah tu, dd tak makan. Boleh lagi diorang bebel kat dd right on the spot kes tak makan on time tengahx2 dd meraung tu. 💆 Geram tu memang ada. dd tak makan petang tu sebab perut dd ni dah kenyang makan ayam dekat sekolah la. Dahla aku tengah sakit macam ni diorang pulak tambah sakit hati dd pulak. Adoiiyai

     Keesokannya dd absented from school. Dahla hari tu periksa addmath ! 😥  Masalah betul. ( FYI, time tu dd tengah periksa mid year sebenarnya ) Mak dd call cg addmath cakap dd tak boleh mari sekolah hari tu sebab dd gastrik. Dalam pukul 10pagi, dd, mak dan kakak  pergi klinik. Dekat klinik tu, dr. tu ada check perut dd. Dia tekan dekat part yang dd rasa sakit tu pastu dia tanya mana lagi sakit. Masa dia tekan lagi sakit ke or masa dia lepas lagi sakit ? And dd jawab masa dia lepas lagi sakit. Pastu jengx3 ! dd disuspek kena appendix. Plus masa dia suruh dd rate dari 1-10 rasa sakit tu, dd rate dalam 8/9. Dia cakap kalau rate atas dari 5, kemungkinan besar tu appendix. So, dr. tu buat surat untuk hantar dd ke hospital. ( Sebenarnya, dd dah sakit macam ni 2x dah. Tapi masa first time tu, symptoms dia tu tak berapa nak menonjol )

     Dekat hospital, dd kena scan, kena ambil darah dan kena buat urine test. Fuhhh penat weyy ! Gile kau tak penat. Japx2 kena pergi sana, pastu kena pergi sini. Dahla aku jalan terbongkokx2 macam ni. 2 orang dr. perempuan tu mungkin tak sure dd ni kena appendix or tak so one of them telefon doktor pakar bedah. Doktor pakar bedah tu turun untuk tengok dd. And bila dia masuk je bilik tu, first impression dd was like "I'm in love, man !"  HAHA jk okay. Dia tu dr. cina kot. Jdi, memang taklah kann. So, chill. Tapi dia memang handsome plus gentleman gituww. Pastu, dr. pakar bedah tu did exactly the same thing macam dekat klinik tadi. Bila dia nampak dd macam sakit bila dia buat macam tu kan, dia terus cakap "Awak masuk wadlah. Nak ?" And dd automatically geleng kepala. Why ? Because getting to know that I'm going to have an operation scared the crap out of me. Pastu dia cakap la aku ni tak boleh macam ni sebab aku ni memang kemungkinan besar kena appendix. Pastu dd tanya "Memang dah confirm ke kena appendix ?" Pastu dia jawab "Dia macam ni. Awak ni 90% kena appendix and 10% lagi kita confirm dengan operation." Aku yang dengar jawapan dia tu, mampu telan air liur jela. Die tanya aku sekali lagi nak masuk wad ke tak nak ? Aku cakap tanya mak dulu. And unfortunately mak aku setuju. Dr. tu cakap operation aku tu, kalau tak malam ni, mungkin esok.

     So, bermulalah hidup warded. KAHKAH. 😂 Haritu dd kena puasa sebab kotx2 malam tu nak operate kan. Bila dah malam tu, ada doktor pakar bedah datang secara berkumpulan dekat dd. And sekali lagi dia buat mende alah yang same je iaitu tekanx2 perut dd. Naik bosan dah aku. Ingat perut aku ni squishy ke ape ? Pastu dia cakap yang dd ni disuspek appendix pecah. So, operation kena buat malam ni jugak. Plus mase tu dd rase nak makan. Yela, memangla lapar. Sebab last dd makan masa pukul 10pagi tadi. Tu pon sebutir coklat je. 😢

     So malam tu dd kena operate. Masa operate tu, aku kena bius la oii. Kalau tak kena bius, aku rase satu hospital tu dengar aku jerit. 😂 Fuhh. Suara aku ni jangan dibuat main. Family aku je tahu suara aku ni kuat setara mana. 😂 Bila sedarx2 je, operation dah siap and dd terus dapat rasa sakit dekat bahagian abdomen belah kanan perut dd. dd hairan. Orang cakap appendix ni, operation dia kena tebuk 3 lubang. Tapi apasal kes dd ni, belah kanan je ? Lantak ah. Asalkan masalah selesai. Fuh, lega.

     Keesokannya, nurse check suhu badan dd, dia cakap dd demam walhal I feel completely fine on that time. So dd kena stay one more night. Keesokannya, sekumpulan dr. datang ronda. Kumpulan dr. tu mcm ade senior, ade junior. So, yang junior ni, kena report dekat yang senior semua benda pasal patient. Bila diorang mari dekat tempat aku, yang junior ni cakap aku ni dah day 2 duduk dekat hospital. So yang senior ni macam nak marah. Dia cakap "Day 2 ?!" Sepatutnya orang sakit appendix ni, duduk satu malam je, Esok terus boleh balik lepas operate. Kiranye macam aku ni mengade je. Yang junior tu macam dah jadi takut . Yela kan dah kena terkam. Dia jawab "Sebab kelmarin, patient demam." Pastu yang senior tu barulah faham and diorang nasihat aku suruh minum banyak air. And then blah.

     Sakit bekas dia operate tu adela dalam 2-4 days and after that I'm completely fine. Rasa sakit bekas die operate tu macam kalau nak bangun dari baring ke, memang sakit. Pastu jalan pon bongkokx2, slowx2. Pastu kalau nak mandi tu, rasa pedihx2 sikit. And this is the most exciting part. 😂 Kalau bersin ke, batuk ke, tempat dia operate tu, rasa macam nak terburai.



   

Copyright© All Rights Reserved missdorkydaisy.blogspot.my