• السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ •
Welcome back to kasy series, guysss ! First of all, dd nak ucap terima kasih sebab setia membaca blog underrated dd ni. Serius terharu. I appreciate it guys :')
Okay. Cukup dengan drama.
So seperti yang dd cakap dekat dalam entry sebelum ni, I'll share the other 2 stories about me being kalut+clumsy at KMPP. Seriously dd, perangai tu tak boleh ke kalau kau sorok sikit ?
Bila fikir balik, dd macam tak tahu nak sorok muka dekat mana. LOL. Tapi takpe la dd nak share jugak. Nak jadi penghibur free of charge. Kelakar ke masalahnye ? lol
Cerita yang kedua ni mengisahkan tentang watak utama bernama dd yang sesat dalam dua praktikum. Famous jap weh aku hari tu. Sekejap je Mana tak nye dua praktikum kot yang kenal aku hari tu. *flips hair*
Ceritanya mula macam ni. Pada satu pagi yang tenang, dd charge phonenya yang menyedihkan. Part phone aku yang menyedihkan tu aku tak tipu k. You come and see kalau tak percaya. Setakat ni orang yang dah tengok telefon dd semua nasihatkan dd suruh dapatkan phone baru. Dengan skrin retaknya, dengan back cover yang ber-sellotape nya, dengan soket yang tak boleh connect dengan charger nya. Memang serius sedih phone aku ni weh. Tapi, kalau dd tengok dalam purse nak beli phone baru lagi sedih. * 'Jaclyn Victor - Wajah' is playing in the background *
So, disebabkan phone dd tu soket dia susah nak connect charger, dd pon tinggal dekat bilik je bila once dia connected to the charger. And then dd terus pergi surau untuk solat subuh. Power en dd solat subuh kat surau ? Well tengok orang lerrr. Just joking. Time tu kan still dalam fasa orientasi so that's why la semua nak kena solat dekat surau. Lepas habis orientasi tu, dd solat subuh dekat bilik je. Lepas dah habis solat subuh tu, dd tak tahu pulak dia dah nak suruh masuk praktikum masingx2. Ni sebab kes aku tak check jadual orientasi la ni. *face palms* So, adikx2, please la ambil pengajaran daripada akak ni, okay ? Tak kisahla adik ambil asasi ke diploma ke matrik ke form6 ke. It doesn't matter. Kalau dia dah bagi jadual orientasi tu, perhati betulx2 biar sampai tembus jadual tu, okay ?
Sekarang kan zaman teknologi, so ofc la semua benda dia akan inform dan update dekat whatsapp je semua ennn :)
dd pon mintak tolong la dengan dengan member suruh check-kan nama dd dalam praktikum apa tapi malangya diorang takde yang dd punya. Tapi ada sorang kawan dd ni dia boleh tolong dd sikit je sebab dia tak boleh nak check full name praktikum dd. Dia cakap dd K2 tapi tak tahu P ape so, aku pon bantai jela masuk praktikum manax2 pon. Bila dah sampai masuk kelas tu and dah perkenalkan diri masingx2, lecturer tu sebut nama sorangx2 and then dia tanya nama siapa lagi yang dia tak sebut. So, dd pon angkat jela tangan. HAHA kantoi sesat. Baru je nak acah. Pastu lecturer tu pon bincangx2 dengan siapa tah dekat belakang kelas pastu dia suruh dd pergi Bilik Tutorial 6.
Bila dah pergi dekat BT6, MasyaAllah punye la ramai budak dekat dalam kelas tu tapi nak buat cane dah kan ? Redha je :) So aku pon tebalkan jela muka cakap dekat lecturer dalam BT6 tu yang aku sesat please adopt me. And sekali lagi aku kena introduce kan diri aku. Well aku ni kan menarik so ramai la nak tahu pasal aku ennn. Aku dah boleh buat fan club kot dekat KMPP ni. Borang untuk join club akan diedarkan selepas raya okay. Boleh mari ambil borang dekat kafe A ye, kawanx2.
Lepas dd introduce diri dd tu, lecturer tu ada tanya dd 'Awak dulu pernah masuk pertandingan pantun atau pidato, ke ?' dd pon cakapla 'Eh mane ade.' Pastu lecturer tu dia cakap 'Ohhh sebab saya tengok awak ade style. Bagus la macam tu.' Aku kat dalam hati duk mengekek je. HAHAH. Hairan betoi. Tang mana mana la lecturer tu nampak style berpidato/berpantun kat dalam diri aku. Aku ni paling takut kalau kena present dekat depan. Ni pulak nak berpidato berpantun bagai kat atas pentas. Kalau penyakit kepala bergetar aku datang dekat atas pentas tu, nanti orang ingatkan aku joget tarian apa pulak. Pape pon, I appreciate it, sir. Thank you !
Bila dah selesa tu, dd pon jadi macam sedap duduk jela kan because I thought I was in the right practicum. But it wasn't. I started to realize that I wasn't in a right place when the lecturer explain about module 2 because I'm taking module threee. So bila lecturer tu bukak QnA punye session, dd pon tanye la 'Semua dalam kelas ni ambil module 2, ke ?' And serentak lepas tu semua orang tengok aku macam 'What's wrong with this girl?' dd sorang je macam krik krik gitu. HAHA. Kantoi sesat lagi. Malu siottt
Nasib gak lepas daripada tu dia suruh assemble dekat dewan so dd tak payah la meng-glamourkan diri dekat praktikum lain pulak buat kali ketiga. So dalam waktu assemble tu, dd managed to check my practicum properly and finally found the right practicum oh yeahhh ! Tapi sedih sebab tak sempat nak perkenalkan diri kat dalam praktikum sendiri. Lawak betoi la aku ni. Famous dekat practicum orang tapi dekat praktikum sendiri orang tak tahu apax2 tentang kau.
And you know what's even funnier ? Both the lecturers yang kat dalam dua praktikum yang dd sesat tu duax2 ajar dd sekarang ni. HAHAH. Serius tak tahu nak sorok dekat mana muka ni Sir Zaidi for chemistry and Sir Shahnon for Amali Chemistry.